Monday, May 4, 2009

Inspired.

Wow.
Menarik! Sangat teruja, sampai rasa seperti hendak melompat-lompat tidak berhenti selama setengah jam.

http://redeology.blogspot.com/

Ini sangat menarik.
Aku suka gaya dia. Very individualistic.

By the way, sapa tu?
Dia lah rewan ishak, seorang freelance director.
Yang mengarah video-video.
Nak tengok hasilnya?
Ada di youtube.

Video yang menarik bagi aku adalah video the departures.
Sangat menarik sampai rasa nak lompat lagi.

http://www.youtube.com/watch?v=1kgZ_ofZRxg&feature=channel

http://www.youtube.com/watch?v=7gG_K_BffaE&feature=channel

Ya, dua itu.

Sekian terima kaseh.
Saja nak berkongsi keterujaan ini, hehe..

p/s: Sori tampal link shj, tak tahu macam mana nak letak video.

Sunday, May 3, 2009

Reality Tv.

Why do we usually associate pink with girls?
How do we define what is beautiful and what is not?


We live in a world full subjective matters, of which we don't have a specific answer to each of them.
Yet, we still have answers to them. How?
Because we've been conditioned since we were young.
We grow to learn some things according to our surroundings and what we see or hear.
The mass media usually associate pink with girls, and that is why we associate pink with girls as well. Maybe true, maybe not?
So is it wrong for me to have a pink template for my blog?
Is it weird?
Each one of us is unique, we have our own point of views and perceptions.
How do we see the world according to our eyes, and how do we judge them.
Nothing is a, b, c or d. It is always a blank space for us to fill.
So who are the mass media to give us the answers?

Life is more than just black and white, there are colours in between them.
Life is not just yes or no, there are maybes and probabilities.

Most of us have been conditioned according to the so-called norms which have been designated by the mass media.
They rule our judgement, and set the black and whites for most of us.
So most of us will define physical beauty according to the actresses or models that are displayed on the television, on adverts at the shopping malls or anywhere else.
And fashion as well, who decide what is in and what is out?
Them.
They are controlling our minds.
Beware.

That is another reason why I love pink, to run away from the norms set by them.
I don't want to be another victim of their mind controls.

But remember, us being humans, we still go through conditioning and we are conditioned by our surroundings. What I meant by conditioning here is how we are brought up. There are still norms set in our life, which we should follow.
And that is where religion comes.

It is our way of life, and our black and whites.

Can't you all see how the mass media is trying to affect our judgement, by influencing us to follow according to their norms instead of what is right which is our way of life, our ad-din.

I'm very worried.
Kids nowadays are fed with mass entertainment, they are being mind-controlled!
Proof of this is shows such as Tom Tom Bak, and other shows that include kids acting like their favourite artists in them. Why?
Because what monkey saw, they do.

I love arts. Do not get me wrong by saying I do not allow any form of entertainment.
I am very passionate about arts, because through arts we get to see things from our own point of views. We do not get influenced by the norms set by the mass media.
We are free to express what we think and how do we judge them.

Of course, too much freedom is bad. And that is the role of religion, to guide us.

What I am trying to say here is, free our mind. Free our perceptions.
Do not be easily influenced by the mass media.
Be true to yourselves, follow your instinct.
Look around, look at the skies, trees, and how days turn into nights, and the rest of the world.
Then, delve deep into oneself, think and seek the for the truth.
For the truth lies in you, not in the illusion that is this world, created by greedy people seeking for worldly pleasures.

Be an individual, not a puppet.

Thank you.
Wassalam warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, April 26, 2009

Stesen terakhir.

Apabila kita bergerak terlalu laju, kita mudah tercicir atau melupakan perkara-perkara kecil yang berada di sekitar kita kerana kita tidak sedar akan kewujudan perkara tersebut atau mungkin kerana terlalu asyik dibuai nikmat kelajuan.
Dan aku telah bergerak terlalu laju untuk sesetengah perkara.
Seperti sebuah kereta yang bergerak melebihi had laju yang telah ditetapkan, lampu merah atau hijau, sama sahaja.
Disebabkan asyik dengan kelajuan, pihak lain terlibat sama dan tercedera. Dan juga diri kita yang menyebabkannya.
Mungkin dah tiba masanya untuk aku menekan brek, dan mengurangkan kelajuan kerana dah terlalu banyak salah yang dilakukan berbanding yang betul.

Di samping itu, ingin mempromosikan video "The Arrivals".
Menyingkap konspirasi zionis dan pasal kedatangan dajjal, memang menarik.
(Saudara Firdaus yang memperkenalkan kepada aku.)
Seperti yang diketahu ramai, Starbucks merupakan penyumbang besar kepada Israel.
Tapi tahukah maksud di sebalik nama "Starbucks" itu?
Sudah terang lagi bersuluh, tapi masih kita mempertikaikan. Seperti diri ini juga dahulu. Marilah sama-sama bersedia menghadapi masa depan yang lebih depan daripada masa depan lagi, iaitu hari kemudian.

Sekian, terima kaseh. :)
Wa billahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

p/s: lupa pula, video the arrivals ada kat youtube dan juga blognya. Tak berapa pasti pula alamat blog tersebut.

Thursday, March 26, 2009

Mutiara Naga

Semalam aku keluar bersama rakan-rakanku untuk menonton Dragonball Evolution.
Ya, filem itu kurang menarik, tidak sama dengan komiknya, dan seribu satu lagi komen dan kritikan yang dapat kita lemparkan.
Tetapi bagi aku, filem tersebut ok la.
Bukan senang nak 'live up to peoples expectation'.
Terutamanya untuk sebuah manga yang telah bertakhta di hati ribuan, bukan, jutaan atau lebih insan di dunia ini.
Tentu susah.

Tapi memang filem itu agak mengecewakan pun.

Tetapi setelah menonton filem tersebut, aku berasa seronok dan teruja untuk membaca kembali komik mutiara naga.
Komik mutiara ialah sebahagian daripada sejarah hidupku.
Terkenang kembali zaman muda-mudi dahulu, semasa aku masih berada dalam darjah 2 hingga darjah 4. Atau darjah 5.
Setiap bulan, senaskhah komik mutiara naga akan kumiliki. Ada sebuah kedai komik, student's corner kalau tak silap namanya, yang terletak sebelah-sebelah kedai cendol di mega. Setiap bulan, emakku akan menempah sebuah salinan komik mutiara naga untuk aku.
Oh, indahnya memori.
Dan aku ada seorang sahabat yang berkongsi minat mutiara naga, iaitu Simon Ling.
Oh, memori.
Mutiara naga memang sebuah manga terbaik yang pernah aku baca.
Walaupun aku tidak banyak membaca manga.

This really brings back memories of the good old days.

p/s: Sayang tiada user DC++ yang ada complete manga Mutiara Naga. Terpaksa tunggu sehingga cuti habis.

Tuesday, March 24, 2009

Blog Template.

Melihat blog-blog orang lain yang kelihatan ceria dan menarik, aku terpengaruh untuk cuba menukar template blogku juga.
Try google. Jumpa website. Jumpa designs. Tapi tak tahu nak buat apa.
Try tanya daus. Pergi blogskins.com. Tengok design. Tapi masih tak tahu nak buat apa.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar template yang sedia ada dalam blogger.
Ohk. Rose.
Macam menarik.
Ok tukar.
Aku suka merah jambu.

Mengapa merah jambu?
Tak macho lah.
Tapi tak apa, aku suka lain daripada yang lain. Dan aku memang suka merah jambu.
Dan mengapa aku hanya menggunakan template yang sedia ada?
Sebab template yang disediakan, bukan template aku.
Template yang disediakan orang.
Apa yang aku merepek?
Ok, sekian.

Sebenarnya tak tahu nak cakap apa dan tak tahu bagaimana nak menukar template. >.<

Tuesday, March 10, 2009

Luar ke dalam ke.

Hari tu, roommate aku menunjukkan gambar kawannya yang 'rosak' di facebook.
Kawannya itu kini sedang belajar di luar negara.
Seraya itu roommateku berkata, "hmph, makin menjadi la tu, dah duduk overseas. Memang padan la!"

Kala itu aku terfikir, bolehkah kita mengstereotaipkan benda ini?
Asal duduk luar negara sahaja, makin rosaklah orang itu disebabkan persekitaran.
Kerana bagi aku, semakin jauh kita daripada sesuatu, semakin kita ingin mendekati sesuatu. Itu pendapat aku.

Benda ini aku sedari sejak daripada dahulu lagi.
Apabila aku berada dalam suasana di mana ceramah agama diadakan hampir setiap hari di masjid, jarang pula terdetik di hatiku ingin bertandang. Namun apabila aku berada dalam suasana yang kurang mementingkan nilai keagamaan, seperti berada di kawasan yang jarang mengadakan ceramah ke, sembahyang jemaah ke, atau apa-apa yang berkaitan, terdetik hatiku untuk turut serta.
Mungkin inilah fitrah manusia.

We easily take things for granted.

Berapa ramai yang sembahyang Jumaat tetapi tidak mengerjakan solat fardhu lima waktu setiap hari?
Apatah lagi solat sunat raya yang diadakan setahun sekali, atau dua kali. Makinlah berduyun-duyun ke masjid sampai tak muat.

Orang ramai mudah melupakan benda yang ada di sekitar mereka, tetapi peka pula kepada benda yang jarang berlaku.
Berkaitan juga dengan peribahasa, "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak pula."

Aku pernah terdengar, agama yang paling pesat berkembang di Amerika ialah agama Islam. Ini menunjukkan mereka semakin menyedari kepentingan beragama setelah bertahun-tahun bergelumang dengan maksiat.
Mereka nampak kuman di seberang laut.
Tetapi realiti masyarakat Islam di Malaysia pula sebaliknya, sungguhpun tadzkirah tidak putus-putus di masjid. Berapa ramaikah yang menghadirkan diri mereka?
Dengan video-video lucah semakin giat dihasilkan, berita khalwat artis menghiasi dada akhbar, dan statistik murtad yang kian meruncing.
Islam ada di merata-rata, tetapi di manakah kita?
Tidak nampak gajah di depan mata?

Inilah yang membuatkan aku terfikir, semakin kita jauh daripada sesuatu, semakin kita rindu dan ingin kita hargai. Tetapi apabila ada dalam genggaman, dicampak-campakkan. Tidak begitu?

Banyak lagi contoh kalau kita fikirkan dengan benar-benar.
Seperti masakan ibu. Apabila jauh di rantau la kita mula terkenang masakan ibu tetapi apabila berada di rumah, mak panggil nak makan pun lambat kita datang.

Sungguhpun demikian, benda ini sebenarnya bergantung kepada individu juga.
Jika di dalam individu itu ada sedikit, biar secalit pun kesedaran, aku yakin dia akan rindu juga lambat-laun, untuk kembali ke pangkal jalan.
Terutamanya jika dia berada di tempat yang penuh dengan godaan.

Oleh sebab itu, janganlah kita mudah membuat andaian, asal pergi eropah ke amerika ke, mudah rosak. Walaupun peluang untuk terpesong tinggi, begitu juga peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Buat sesiapa yang berada di Malaysia termasuk aku, hargailah benda-benda di sekitar kita; dan untuk semua, hargailah nikmat Islam yang telah diberikan kepada kita semua.

Akhir kata, celikkan mata, pandanglah gajah di depan mata tu.
Ini semua pendapat aku sahaja. Tak tahu betul ke salah.
Tapi ini apa yang aku percaya.

Comments and feedbacks are most welcomed!;)

Saturday, March 7, 2009

Kisah Penuh Perasaan.

Wow.
Itu sahaja yang terpacul daripada mulutku selepas menonton filem tersebut.
Slumdog millionaire.
Sebuah kisah yang kaya dengan perasaan dan mesej.
Daripada segi gaya olahan juga sangat menarik dan kreatif.
Wow lagi.
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk cuba menonton filem tersebut ialah filem tersebut telah memenangi/dicalonkan(?) untuk 8 anugerah Oscar baru- baru ini.
Walaupun dengan kos yang rendah dan tiada efek-efek khas yang mengagumkan namun filem tersebut berjaya menambat hati juri-juri. Dan juga hati saya.

Antara wow faktor filem tersebut ialah kekreatifan pengarahnya mengolah sebuah cerita yang sarat dengan emosi daripada sebuah rancangan televisyen yang juga penuh dengan emosi dan perasaan.
Aku suka menonton filem yang bermain dengan emosi daripada filem yang banyak memaparkan efek-efek khas atau aksi-aksi stunt yang macho kerana filem-filem aksi akan habis apabila sarikatanya keluar tetapi kisah-kisah yang penuh dengan perasaan akan membuatkan penonton terkesan untuk satu jangkamasa yang lebih panjang.

Ok, berbalik kepada filem tadi. Cerita slumdog millionaire memaparkan kisah bagaimana seorang 'slumdog', seperti seorang jalanan berjaya memenangi pertandingan 'Who Wants to be a Millionaire". Kemenangannya telah mencetuskan kontroversi sampaikan dia ditahan oleh polis untuk disoal-siasat kerana disyaki menipu untuk menang.

Dari situ cerita ini mula berkembang. Bagaimana dia mendapat semua jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Wow lagi.
Haha.
Pengarah tersebut berjaya mengolah cerita tersebut dengan lancar dan menghasilkan roller coaster of emotion kepada penonton dengan jayanya.
Antara faktor yang membuatkan aku begitu terkesan dengan filem tersebut ialah emosi yang disampaikan oleh pelakonnya cukup menjadi. Mimik muka sedih Salim tatkala Latika meninggalkannya betul-betul membuatkanku terasa kesedihannya.

Filem ini berjaya membuktikan nilai sebenar sebuah filem terletak kepada emosinya, dan bukan sekadar efek-efek khas ataupun aksi-aksi stunt yang dahsyat.
Tapi itu semua terpulang kepada citarasa masing-masing. :)

Yang membuatkan aku betul-betul terkesan daripada filem ini ialah semangat Salim yang tidak berputus asa mengejar Latika. Kalau tidak kerana Latika, tidak akan ada kisah ini. Kerana tanpa Latika, Salim takkan menyertai Who Wants to be a Millionaire tersebut.
Di samping itu, banyak lagi mesej-mesej lain yang diselitkan dalam cerita ini seperti kasih sayang adik-beradik, nilai keagamaan dan realiti kehidupan.

Sangat menarik.

p/s: Kalau ikutkan hati memang nak cerita dengan lebih panjang namun aku prefer perbincangan yang lebih interaktif. kalau cakap sorang-sorang terasa tidak syok, hehe..

p/p/s: Sori for the hiatus smua!

(Bahagian selepas ini ditambah selepas membaca komen nurisa. tq! :D)

Ohya, antara perkara yang membuatku tertarik kepada filem ini ialah keikhlasannya.
Lupakan dongeng-dongeng indah kisah chenta boliwud yang penuh dengan kesempurnaan, inilah dia kisah chenta sebenar yang sarat dengan realiti kehidupan.
Filem ini memaparkan sebuah kisah chenta sejati yang berlatarbelakangkan pemandangan india yang sebenar.
Bukannya seperti filem boliwud yang berlatarbelakangkan taman-taman luar negara.
Inilah yang patut dicontohi, kejujuran dalam berseni.
Seni ialah gubahan emosi yang seharusnya jujur tanpa ada unsur-unsur berselindung.
Ketulusan adalah amat penting dalam hasil seni.
Dan itulah yang sebenarnya membuatkan sesebuah karya itu bernilai.
Sekian!